SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi telah dibuka pada tahun 1976 di atas tapak tanah seluas 12.16 ekar. Apabila dibuka sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah. Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar berjumlah 326 orang, 13 orang guru dan 5 orang kakitangan bukan guru.

Pada peringkat awal, pelajar-pelajar menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah pada sesi petang iaitu melibatkan pelajar-pelajar kelas peralihan (2 kelas) dan tingkatan 1 (5 kelas).

Pertengahan tahun 1976 apabila sekolah ini siap sepenuhnya, pelajar-pelajar telah berpindah dan memulakan pelajaran di sekolah ini. Terdapat 4 blok bangunan sahaja pada awalnya.

Pada tahun 1988, kelas tingkatan 4 aliran sastera telah ditubuhkan di sekolah ini. Serentak dengan perkembangan tersebut, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Masjid Tanah. Nama Sekolah Menengah Masjid Tanah tidak sesuai lagi dengan perkembangannya apabila ia telah memulakan kelas menengah atas.

Pada tahun 1990 nama sekolah ini sekali lagi mengalami perubahan apabila dengan rasmi dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka.

Pada tahun 1996 terbina 1 blok bangunan 2 tingkat untuk makmal sains dan bengkel KH. Kelas Sains Tulen untuk tingkatan 4 mula dibuka.

Tahun 2002 dibina 2 blok bangunan tambahan iaitu 1 blok 4 tingkat untuk pentadbiran, kelas, bilik-bilik khas dan 1 blok 2 tingkat untuk makmal sains. Bangunan baru ini mula digunakan mulai 2004. Kini terdapat 8 blok bangunan di sekolah ini.

Tahun 2003 matapelajaran MPV Lanskap dan Nursery serta Katering dan Penyajian mula diajar dalam tingkatan 4. Seterusnya pada tahun 2007  matapelajaran MPV Menservis Motosikal mula diajar dalam tingkatan 4. Sehingga November 2014 sekolah ini menampung pelajar seramai 955 orang murid dengan diterajui oleh pengetuanya iaitu Pn Noridah bt Abd Rahim.

1 comment: